TIPS MEMBAKAR SATE
- Guna arang kayu bakau yang berkualiti
- Menyalakan api dengan menggunakan minyak masak. Bahan-bahan lain seperti petrol dan bahan plastik tidak boleh digunakan sama sekali.
- Pastikan seluruh arang telah terbakar dan menjadi bara.
- Serakkan bara sama rata di tempat pembakar
- Letakkan sate di tempat pemanggang. Ikut susunan dari kiri ke kanan (bagi tangan kidal buat sebalilknya).
- Bakar masak pipih saja. Terbalikan berulang kali supaya masak rata. (Kemahiran yang perlu dikuasai dengan baik - jika tidak, sate akan hangus atau tidak masak sepenuhnya)
- Semasa membakar jangan selalu merenjiskan minyak yang dicampur dengan lebihan bahan perap kerana ia akan menyebabkan sate cepat hangus dibahagian luaran
- Semasa membakar sate ia tidak boleh terkena api secara langsung kerana ia akan membuatkan daging menjadi keras. Cukup sekadar daging berubah warna saja.
- Gunakan kipas untuk kawal bara. Kipas angin eletrik juga boleh digunakan jika membakar sate berskala besar.
1. Menggunakan Tepung Ubi/Kanji.
- Sebelum dibakar, daging sate yang sudah ditusuk dilumurkan dengan sedikit tepung ubi/kanji. Dibiarkan selama 15 minit. Kemudian digoyangkan sebentar untuk menghilangkan tepung ubi/kanji yang berlebihan sebelum sate dibakar
- Bungkus daging yang belum ditusuk dengan menggunakan daun betik. Biarkan selama 20 minit. Setelah itu daging tidak perlu dicuci tetapi terus ditusuk dan dibakar
- Rendamkan daging dengan air kelapa boleh melembutkan tekstur daging. Cara ini juga berkesan untuk menghilangkan bau hamis pada daging (terutama daging kambing).
- Merendam daging dalam parutan nenas memang sangat efektif untuk membuat daging menjadi lembut. Namun demikian kita perlu juga berhati-hati kerana merendamnya dalam jangka waktu yang lama akan menyebabkan daging menjadi hancur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan