About

Ahad, 12 Mei 2013

SATE WARX

As Salam semua teman. Suka makan Sate? Dah bosan dgn sate Hj Samuri atau sate baung atau sate kampung...? 

Mari cuba SATE WARX. Sate yg dibuat khas dari daging ayam dan lembu yg terbaik. Tanpa lemak dan kulit. Diadun dengan rempah ratus yg bermutu tinggi. Lembut dan sedap.
Kuahnya pasti menawan citarasa anda semua. 1 Malaysia..semua kaum pasti suka. Tua muda boleh terima.
Datanglah ke warong kami...Jalan Melati 9,Taman Desa Melati 3, Nilai






Jumaat, 22 Mac 2013

SATE TULANG

Saya sangat teruja nak makan sate tulang. Mulanya saya rasa pelik juga bila dengar nama Sate Tulang. Saya dapat tau mengenai nya melalui kenalan baru saya, Abg Mat dan isteri, yang jual buah-buahan di Taman Tunku Jaafar, Negeri Sembilan. Semasa bersembang tu dia kata dia sebenarnya pengusaha sate dari Jelebu. Saya tanya dia kenapa jual buah dan tidak jual sate? Dia kata jual buah adalah part time. Masa musim buah durian dan manggis dia akan ambil kesempatan untuk mendapat pendapatan tambahan. 


Dalam perbualan berkaitan dengan sate ni dia telah memperkenalkan saya dengan Sate Tulang. Saya kata mana boleh buat sate tulang? Apa yang nak dimakan dengan sate tulang tu? Ada daging ke? Tak keras ke? Macam-macam pertanyaan saya ajukan kepada Abg Mat. Dia kata dia telah usahakan sate tulang sejak 5 tahun yang lalu. Sate ni diperbuat daripada daging ayam yang dihancurkan, digaul bersama rempah ratus sebelum sate dibakar diatas arang. Saisnya lebih besar dari sais sate biasa. Harganya RM1.00 secucuk. Ia rangup mengandungi cita rasa yang berbeza dari sate biasa. Sate Tulang ini boleh didapati di Dataran Senawang dan terkenal di Jelebu dan Kuala Pilah. Antaranya adalah seperti di bawah

Saya tidak ada foto yang khusus sebeb saya tidak pernah rasa lagi. Jika anda hendak mengetahui lebih lanjut boleh lah tengok blog-blog yang ada di laman web. 


Sumber Rujukan
1. http://www.mkstreet.com/2010/03/sate-tulang-dataran-senawang.html
2. http://azmi-shuib.blogspot.com/2012/10/sate-tulang-senawang.html
3. http://adam-johan.blogspot.com/2012/06/satesatesate-tulang.html

SATE IKAN





Pengenalan

Sate ikan merupakan sejenis makanan ringan yang diproses daripada ikan yang mengandungi kandungan kadar protein yang tinggi serta enak dimakan.

Jenis-jenis ikan yang sesuai untuk diproses sebagai sate ikan adalah jenis-jenis ikan yang kurang kandungan lemak seperti ikan biji nangka, kerisi, gelama dan anak ikan merah.

Bahan-bahan Pemprosesan Sate Ikan
  • Ikan
  • Halia
  • Lada putih
  • Gula
  • Cili Boh
  • Kicap Cair
  • Cuka
  • Garam
  • MSG
  • Air

Cara-cara Pemprosesan Sate Ikan

a) Penyediaan Kuah

  • Halia dibuang kulit, dicuci dan dipotong halus sebelum dihancurkan. Halia dan lada putih yang telah dihancurkan dicampur dengan ramuan lain seperti, gula, cili boh, kicap cair, cuka, garam, serbuk perasa dan air.
  • Masak bahan campuran sehingga mendidih dan ditapis terlebih dahulu sebelum digunakan.

b) Penyediaan Ikan

  • Ikan disiang dengan membuang kepala, ekor dan sisik. Ikan kemudian dibelah dari bahagian bawah dan dibuka berbentuk 'kupu-kupu.' Bersihkan dari kotoran darah dan lemak.
  • Ikan yang telah siap dibersihkan, dijemur di bawah cahaya matahari sehingga kering (1 hingga 3 hari).
  • Ikan yang telah kering dinipiskan dengan menggunakan mesin penggelek. Ikan dicelup ke dalam kuah 5 hingga 10 minit, kemudian dibakar dalam ketuhar pada suhu 130 0 C hingga 140 0 C sehingga ranggup.
  • Sate ikan dibungkus dalam plastik sebelum disimpan atau terus dijual.

Sumber :
1. Jabatan Perikanan Malaysia
2. secangkirtehtarik.wordpress.com/2012/10/16/foto-kuliner/sate-ikan-senapelan-2/

SATAY PERUT LEMBU



Sate Perut Lembu adalah antara sate kegemaran saya. Setiap kali makan sate bersama keluarga pasti saya akan order sate perut ni. Tak boleh makan banyak sebab kolesterol tinggi....5 cucuk pun dah cukup. Semasa kecil ibu saya gunakan perut lembu (babat dalam bahasa Jawa) sering digunakan untuk buat sambal goreng bila ada majlis kenduri kendara di kampung. 

Perut lembu ni ramai orang tak tau nak urus. Selepas lembu disembelih biasanya perut ni dibuang begitu saja. Tapi pada pengemar perut lembu dan usus kecil lembu (usus susu) akan menguruskan semua perut-perut ini dengan baik sekali.

Cara menguruskan perut lembu untuk buat sate adalah sama dengan penyediaan sate ayam atau sate daging. Bezanya ialah perut ini perlu dibersihkan sampai hilang bau dan warnanya. 

Cuba la dan rasai keenakan sate perut lembu yang lembut dan sedap.  

LAMB SATE


LAMB SATAY / Sate kambing is a type of satay made with goat, lamb, or mutton. Similar to shish kebab, satays are grilled, skewered meats. Unlike shish kebabs, however, satays are always marinated prior to grilling and do not include vegetables on the skewer. Especially popular in Malaysia and Singapore, sate kambing is usually marinated in a soy sauce-based liquid and is generally served with a dipping sauce that has similar ingredients to the marinade.

The marinade for sate kambing always has a soy sauce base. Depending on the version, either sweet or regular soy sauce may be used. Lemon or lime juice, garlic, and onion are also usually included in the marinade. Shallots are included in some versions instead of onion, and lime leaves may be added if lime juice is used. Chilies and tomatoes are additions in some versions as well.

Dipping sauces for sate kambing are varied. Peanut sauce or a spicy or sweet soy sauce are the most frequent choices. Made by grinding roasted peanuts, peanut sauce also includes seasonings such as garlic and red chilies. Brown sugar, lemon juice, coconut milk, and soy sauce are also often added to peanut sauce. Soy-based dipping sauces often have chilies, lime juice, and shallots, in addition to sweet or spicy soy sauce.







INGREDIENTS
1 kg mutton cut into small pieces
1 large onion
100 g shallots
3 cm galangal
2 stalks lemongrass
4 cm ginger
3 tablespoons turmeric powder
1 teaspoon fennel seeds
salt and sugar to taste

HOW TO COOK:
1. Blend all ingredients and mix together goat meat. mix well
2. Marinate the meat for 30 minutes
3. Lamb skewer on sticks and grilled until slightly crisp
4. Sprinkle with oil while roasting

-------------------------------------------------
BAHAN-BAHAN
1 kilo daging kambing dipotong kecil
1 labu bawang besar
100 gm bawang merah
3 cm lengkuas
2 batang serai
4 cm halia
3 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh jintan manis
garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan dan gaul bersama daging kambing. Gaul rata
2. Perapkan daging selama 30 minit
3. Cucukkan daging kambing pada lidi dan panggang hingga sedikit garing
4. Renjiskan dengan minyak ketika memanggang


Sumber.. http://resepiworld.blogspot.com/2010/10/resepi-sate-kambing.html

Khamis, 21 Mac 2013

SATE PERUT MUDA

Perut Muda yang telah direbus.
Hari ini saya nak share resipi penyediaan Sate Perut Muda. Mungkin tidak ramai mengetahui bahawa perut muda boleh dibuat sate. Bahan mentah nya terhad dan agak sukar untuk mendapatkannya. Biasanya  perut muda ini sedap bila dimasak lemak cili api. Sate perut muda biasanya dijual dengan harga antara RM 2.00 - 2.50 secucuk bergantung kepada lokasi. Saya telah mendapatkan maklumat sate perut muda ini dalam laman bloger di internet. 

BAHAN UTAMA SATE

  • 1 kg perut / usus Muda

BAHAN UNTUK KUAH SATE

  • 1 inci lengkuas-dipotong nipis
  • 3 sudu cili giling
  • 1 inci belacan
  • 4 sudu minyak masak untuk menumis
  • 1 mangkuk air
  • 1/2 kg kacang tanah-di goreng lepas itu dikisar
  • 5 ulas bawang merah-di kisar/ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih-di kisar/ditumbuk
  • 2 batang serai-dititik/diketuk
  • 1 inci halia dipotong nipis

CARA MENYEDIAKAN SATE PERUT MUDA:
  1. Perut Muda direbus sehingga empuk
  2. Kemudian dipotong kecil-kecil dan di cucuk pada lidi(boleh dibeli di Mydin)
  3. Bakar seperti membakar sate biasa

Rabu, 20 Mac 2013

TIPS PENYEDIAAN SATE


TIPS MEMBAKAR SATE
  • Guna arang kayu bakau yang berkualiti
  • Menyalakan api dengan menggunakan minyak masak. Bahan-bahan lain seperti petrol dan bahan plastik tidak boleh digunakan sama sekali.
  • Pastikan seluruh arang telah terbakar dan menjadi bara.
  • Serakkan bara sama rata di tempat pembakar
  • Letakkan sate di tempat pemanggang. Ikut susunan dari kiri ke kanan (bagi tangan kidal buat sebalilknya). 
  • Bakar masak pipih saja. Terbalikan berulang kali supaya masak rata. (Kemahiran yang perlu dikuasai dengan baik - jika tidak, sate akan hangus atau tidak masak sepenuhnya)
  • Semasa membakar jangan selalu merenjiskan minyak yang dicampur dengan lebihan bahan perap kerana ia akan menyebabkan sate cepat hangus dibahagian luaran
  • Semasa membakar sate ia tidak boleh terkena api secara langsung kerana ia akan membuatkan daging menjadi keras. Cukup sekadar daging berubah warna saja.
  • Gunakan kipas untuk kawal bara. Kipas angin eletrik juga boleh digunakan jika membakar sate berskala besar.

TIPS MELEMBUTKAN DAGING SATE

1. Menggunakan Tepung Ubi/Kanji.

  • Sebelum dibakar, daging sate yang sudah ditusuk dilumurkan dengan sedikit tepung ubi/kanji. Dibiarkan selama 15 minit. Kemudian digoyangkan sebentar untuk menghilangkan tepung ubi/kanji yang berlebihan sebelum sate dibakar
2. Menggunakan Daun Betik
  • Bungkus daging yang belum ditusuk dengan menggunakan daun betik. Biarkan selama 20 minit. Setelah itu daging tidak perlu dicuci tetapi terus ditusuk dan dibakar
3. Menggunakan Air Kelapa
  • Rendamkan daging dengan air kelapa boleh melembutkan tekstur daging. Cara ini juga berkesan untuk menghilangkan bau hamis pada daging (terutama daging kambing). 
4. Menggunakan Nenas Parut.
  • Merendam daging dalam parutan nenas memang sangat efektif untuk membuat daging menjadi lembut. Namun demikian kita perlu juga berhati-hati kerana merendamnya dalam jangka waktu yang lama akan menyebabkan daging menjadi hancur. 



RESIPI SATE


Di bahagian awal saya telah jelaskan asal usul sate dan sedikit informasi berkaitan dengan perniagaan sate di Malaysia. Hari ini saya akan kongsikan bersama resipi penyediaan sate dan kuah sate yang saya perolehi daripada rakan-rakan bloger yang lain. 

Untuk menghasilkan sate ayam atau daging yang lembut dan berkualiti pengusaha hendaklah membuat beberapa penyelidikan sendiri. Belajar daripada otai-otai sate yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini. 


Untuk menghasilkan sate yang sedap, berkualiti dan selamat dimakan, kita perlu elakkan penggunaan kulit dan lemak. Pilihlah ayam atau daging yang terbaik. Jangan gunakan ayam atau daging frozen. 


Terima kasih saya pada semua rakan bloger yang memberi sumbangan dalam menghasilkan rencana ini. Dan terima kasih kerana gambar yang saya gunakan sebagai sampel.



SATE AYAM / DAGING

Bahan-Bahan sate : 


  • 400 gram daging/ayam (tanpa tulang) - dipotong kecik
  • 1/2 sudu teh garam
  • 40 gram gula
  • lidi sate - direndam dengan air
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 batang serai -dititik utk merenjis sate
Bahan dikisar :
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 cm kunyit hidup
  • 2 biji buah keras
  • 1 cm lengkuas
  • 1/2 sudu besar ketumbar - disangai
  • 1/2 sudu teh jintan manis - disangai
  • 1/2 sudu teh jintan putih - disangai
  • 2 sudu besar air asam jawa sederhana pekat
  • 4 sudu besar santan ( ganti dgn susu cair pun boleh)
  • 1 batang serai

Cara Membuat Sate :

  • Perap daging/ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam ( lebih elok diperap semalaman)
  • Cucuk daging/ayam pada lidi sate
  • Lebihan bahan perap dicampur dengan 3 sudu besar minyak masak dan renjis gunakan serai yang telah dititik semasa proses pembakaran sate.


KUAH KACANG 


Bahan-Bahan Kuah Kacang :


  • 300 gram kacang tanah - disangai
  • 100 gram gula pasir
  • 150 gram gula merah
  • 40 gram asam jawa
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 cawan minyak masak

Bahan Kisar :

  • 2 biji buah keras
  • 1 sudu besar ketumbar biji - disangai
  • 1 sudu kecil jintan putih - disangai
  • 1 susu kecil jintan manis - disangai
  • 2 hiris lengkuas
  • 2 hiris halia muda
  • 20 tangkai lada kering - direbus
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 7 batang serai - dihiris
  • 20 gram udang kering

Cara Membuat :

  • Satukan gula merah dan asam jawa - diramas dengan air yang cukup untuk mendapatkan 500 gram air asam jawa
  • Bancuh kacang tanah kisar
  • Satukan semua bahan dan gaul rata
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga garing
  • Masukkan gula, garam, ajinomoto dan serbuk kunyit dan gaul rata
  • Masukkan bancuhan gula merah, air asam jawa dan kacang tanah tadi ke dalam bahan tumis
  • Masak atas api yang sederhana hingga keluar minyaknya

Selasa, 19 Mac 2013

SATE

ASAL USUL 

Sate atau satai adalah makanan yang dibuat daripada potongan daging yang dipotong kecil-kecil dan ditusuki dengan tusukan sate yang biasanya dibuat dari lidi tulang daun kelapa atau buluh, kemudian dibakar menggunakan bara arang kayu. Sate kemudian disajikan dengan berbagai macam rempah yang bergantung pada variasi resepi sate. Daging yang dijadikan sate antara lain daging ayam, kambing, lembu,  ikan, dan lain-lain.

Sate diketahui berasal dari Jawa, Indonesia, dan dapat ditemukan di mana saja di Indonesia dan telah dianggap sebagai salah satu masakan nasional Indonesia. Sate juga popular di negara-negara Asia Tenggara lainnya seperti Malaysia, Singapura, Filipina, dan Thailand. Sate juga popular di Belanda yang dipengaruhi masakan Indonesia yang dulu merupakan penjajahnya.

Sate adalah hidangan yang sangat popular di Malaysia; dengan berbagai suku bangsa dan tradisi seni memasak, telah menghasilkan berbagai jenis sate. Sate biasanya dikaitkan dengan masyarakat muslim Melayu. Di Malaysia, sate dapat diperolehi dari pengusaha sate kaki lima, di warung tepi jalan, di restoran kelas atas, di hotel serta kerap disajikan dalam majlis keramaian dan kenduri kendara. Resepi dan cara pembuatan sate beraneka ragam bergantung variasi dan resepi masing-masing. Hampir segala jenis daging dapat dibuat sate. 

Biasanya sate dimakan bersama kuah kacang dan disertai irisan bawang merah, mentimun, dan ada juga yang makan bersama cili. Sate juga dimakan dengan nasi himpit atau lontong atau ketupat.

Jenis sate yang paling terkenal di Malaysia adalah sate Kajang, Selangor, yang disebut sebagai Kota Sate di Malaysia. Sate Kajang adalah nama generik untuk merujuk pada sate yang potongan dagingnya cukup besar dengan kuah kacang manis yang ditaburi sambal. Sate Kajang tersedia di berbagai kota di Malaysia. Jenis daging yang ditawarkan bukan hanya daging dan ayam yang sudah lazim, tetapi juga daging lainnya seperti hati ayam, daging kambing, perut lembu, ikan, dan lain-lain. 

Hidangan internasional yang mirip sate antara lain Yakitori dari Jepun, Shish Kebab dari Turki, Shashlik dari Kaukasia, Chuanr dari China, dan Sosatie dari Afrika Selatan. Sate terdaftar sebagai peringkat ke-14 dalam World's 50 most delicious foods (50 Hidangan Paling Lazat di Dunia) melalui pendapat pembaca yang digelar oleh CNN Go pada 2011