Saya sangat teruja nak makan sate tulang. Mulanya saya rasa pelik juga bila dengar nama Sate Tulang. Saya dapat tau mengenai nya melalui kenalan baru saya, Abg Mat dan isteri, yang jual buah-buahan di Taman Tunku Jaafar, Negeri Sembilan. Semasa bersembang tu dia kata dia sebenarnya pengusaha sate dari Jelebu. Saya tanya dia kenapa jual buah dan tidak jual sate? Dia kata jual buah adalah part time. Masa musim buah durian dan manggis dia akan ambil kesempatan untuk mendapat pendapatan tambahan.
Dalam perbualan berkaitan dengan sate ni dia telah memperkenalkan saya dengan Sate Tulang. Saya kata mana boleh buat sate tulang? Apa yang nak dimakan dengan sate tulang tu? Ada daging ke? Tak keras ke? Macam-macam pertanyaan saya ajukan kepada Abg Mat. Dia kata dia telah usahakan sate tulang sejak 5 tahun yang lalu. Sate ni diperbuat daripada daging ayam yang dihancurkan, digaul bersama rempah ratus sebelum sate dibakar diatas arang. Saisnya lebih besar dari sais sate biasa. Harganya RM1.00 secucuk. Ia rangup mengandungi cita rasa yang berbeza dari sate biasa. Sate Tulang ini boleh didapati di Dataran Senawang dan terkenal di Jelebu dan Kuala Pilah. Antaranya adalah seperti di bawah
Saya tidak ada foto yang khusus sebeb saya tidak pernah rasa lagi. Jika anda hendak mengetahui lebih lanjut boleh lah tengok blog-blog yang ada di laman web.
Sumber Rujukan
1. http://www.mkstreet.com/2010/03/sate-tulang-dataran-senawang.html
2. http://azmi-shuib.blogspot.com/2012/10/sate-tulang-senawang.html
3. http://adam-johan.blogspot.com/2012/06/satesatesate-tulang.html