About

Ahad, 12 Mei 2013

SATE WARX

As Salam semua teman. Suka makan Sate? Dah bosan dgn sate Hj Samuri atau sate baung atau sate kampung...? 

Mari cuba SATE WARX. Sate yg dibuat khas dari daging ayam dan lembu yg terbaik. Tanpa lemak dan kulit. Diadun dengan rempah ratus yg bermutu tinggi. Lembut dan sedap.
Kuahnya pasti menawan citarasa anda semua. 1 Malaysia..semua kaum pasti suka. Tua muda boleh terima.
Datanglah ke warong kami...Jalan Melati 9,Taman Desa Melati 3, Nilai






Jumaat, 22 Mac 2013

SATE TULANG

Saya sangat teruja nak makan sate tulang. Mulanya saya rasa pelik juga bila dengar nama Sate Tulang. Saya dapat tau mengenai nya melalui kenalan baru saya, Abg Mat dan isteri, yang jual buah-buahan di Taman Tunku Jaafar, Negeri Sembilan. Semasa bersembang tu dia kata dia sebenarnya pengusaha sate dari Jelebu. Saya tanya dia kenapa jual buah dan tidak jual sate? Dia kata jual buah adalah part time. Masa musim buah durian dan manggis dia akan ambil kesempatan untuk mendapat pendapatan tambahan. 


Dalam perbualan berkaitan dengan sate ni dia telah memperkenalkan saya dengan Sate Tulang. Saya kata mana boleh buat sate tulang? Apa yang nak dimakan dengan sate tulang tu? Ada daging ke? Tak keras ke? Macam-macam pertanyaan saya ajukan kepada Abg Mat. Dia kata dia telah usahakan sate tulang sejak 5 tahun yang lalu. Sate ni diperbuat daripada daging ayam yang dihancurkan, digaul bersama rempah ratus sebelum sate dibakar diatas arang. Saisnya lebih besar dari sais sate biasa. Harganya RM1.00 secucuk. Ia rangup mengandungi cita rasa yang berbeza dari sate biasa. Sate Tulang ini boleh didapati di Dataran Senawang dan terkenal di Jelebu dan Kuala Pilah. Antaranya adalah seperti di bawah

Saya tidak ada foto yang khusus sebeb saya tidak pernah rasa lagi. Jika anda hendak mengetahui lebih lanjut boleh lah tengok blog-blog yang ada di laman web. 


Sumber Rujukan
1. http://www.mkstreet.com/2010/03/sate-tulang-dataran-senawang.html
2. http://azmi-shuib.blogspot.com/2012/10/sate-tulang-senawang.html
3. http://adam-johan.blogspot.com/2012/06/satesatesate-tulang.html

SATE IKAN





Pengenalan

Sate ikan merupakan sejenis makanan ringan yang diproses daripada ikan yang mengandungi kandungan kadar protein yang tinggi serta enak dimakan.

Jenis-jenis ikan yang sesuai untuk diproses sebagai sate ikan adalah jenis-jenis ikan yang kurang kandungan lemak seperti ikan biji nangka, kerisi, gelama dan anak ikan merah.

Bahan-bahan Pemprosesan Sate Ikan
  • Ikan
  • Halia
  • Lada putih
  • Gula
  • Cili Boh
  • Kicap Cair
  • Cuka
  • Garam
  • MSG
  • Air

Cara-cara Pemprosesan Sate Ikan

a) Penyediaan Kuah

  • Halia dibuang kulit, dicuci dan dipotong halus sebelum dihancurkan. Halia dan lada putih yang telah dihancurkan dicampur dengan ramuan lain seperti, gula, cili boh, kicap cair, cuka, garam, serbuk perasa dan air.
  • Masak bahan campuran sehingga mendidih dan ditapis terlebih dahulu sebelum digunakan.

b) Penyediaan Ikan

  • Ikan disiang dengan membuang kepala, ekor dan sisik. Ikan kemudian dibelah dari bahagian bawah dan dibuka berbentuk 'kupu-kupu.' Bersihkan dari kotoran darah dan lemak.
  • Ikan yang telah siap dibersihkan, dijemur di bawah cahaya matahari sehingga kering (1 hingga 3 hari).
  • Ikan yang telah kering dinipiskan dengan menggunakan mesin penggelek. Ikan dicelup ke dalam kuah 5 hingga 10 minit, kemudian dibakar dalam ketuhar pada suhu 130 0 C hingga 140 0 C sehingga ranggup.
  • Sate ikan dibungkus dalam plastik sebelum disimpan atau terus dijual.

Sumber :
1. Jabatan Perikanan Malaysia
2. secangkirtehtarik.wordpress.com/2012/10/16/foto-kuliner/sate-ikan-senapelan-2/

SATAY PERUT LEMBU



Sate Perut Lembu adalah antara sate kegemaran saya. Setiap kali makan sate bersama keluarga pasti saya akan order sate perut ni. Tak boleh makan banyak sebab kolesterol tinggi....5 cucuk pun dah cukup. Semasa kecil ibu saya gunakan perut lembu (babat dalam bahasa Jawa) sering digunakan untuk buat sambal goreng bila ada majlis kenduri kendara di kampung. 

Perut lembu ni ramai orang tak tau nak urus. Selepas lembu disembelih biasanya perut ni dibuang begitu saja. Tapi pada pengemar perut lembu dan usus kecil lembu (usus susu) akan menguruskan semua perut-perut ini dengan baik sekali.

Cara menguruskan perut lembu untuk buat sate adalah sama dengan penyediaan sate ayam atau sate daging. Bezanya ialah perut ini perlu dibersihkan sampai hilang bau dan warnanya. 

Cuba la dan rasai keenakan sate perut lembu yang lembut dan sedap.